fbpx

Luahan Pembaca: Konsert melampau di Terengganu, jangan hanya salahkan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONSERT yang mendapat perhatian ramai di Terengganu bari-baru ini.

Saudara pengarang,

Baru-baru ini, tular rakaman video sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Terengganu menganjurkan konsert yang disifatkan melampaui batas. Konsert itu dianjurkan persatuan pelajar dengan seliaan pihak universiti.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, terdapat beberapa penonton lelaki tidak berbaju menari.
Para penonton pula becampur lelaki dan wanita.

Rentetan insiden itu, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihaknya memandang serius perkara tersebut.

Oleh yang demikian, pihak jabatan memberi peringatan kepada semua pengurusan Universiti Awam (UA) di Malaysia agar mengambil pengajaran tentang insiden yang berlaku bagi mengelak perkara sama berulang.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa pihak pengurusan universiti dan badan pelajar perlu lebih bersedia dengan kawalan lebih rapi bagi program melibatkan anjuran pelajar dan mematuhi garis panduan serta arahan terkini yang dikeluarkan pihak universiti, jabatan atau pihak berkuasa.

Disebabkan insiden tersebut, terdapat aktiviti anjuran pelajar yang berbentuk konsert di UA lain terpaksa dibatalkan atau dihentikan serta-merta.

Tindakan itu dibuat sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelak kejadian sama berulang.

Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebagai pelajar Universiti Awam, kita tidak boleh mengamalkan sikap normalisasi dalam hiburan secara berlebihan.

Pelajar perlu tahu akan garis panduan universiti masing-masing. Kita juga tidak boleh menunding jari 100 peratus kepada pelajar. Mereka mudah terpengaruh dengan sikap normalisasi ini. Pihak universiti juga perlu bertanggungjawab.

Pihak universiti kurang cakna akan kawalan ke atas perilaku pelajar yang melakukan aksi di luar jangka semasa konsert berlangsung.

Kesimpulannya, walaupun hiburan tersebut dibolehkan, kita tidak boleh berlebihan dan leka sehingga lupa diri.

MUHAMMAD ALIFF SAMSUN
Universiti Sains Islam Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI