fbpx

Jemaah bersih, ceria dapat hadiah misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saleh (tengah) menunjukkan tanda bagus ketika melawat salah satu bilik jemaah haji di Hotel Zwar Al-Bayt, Mekah semalam.

MEKAH – Hadiah misteri bakal menjadi milik jemaah bertuah yang dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan menjaga kebersihan bilik masing-masing.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, program kebersihan di peringkat maktab itu merupakan kesinambungan daripada program sama yang dimulakan ketika operasi Masyair pada 2017 dan 2018.

Pertandingan melibatkan sebanyak sembilan buah maktab.

“Jemaah memberikan kerjasama yang tinggi dalam program ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan kepada keceriaan dan kebersihan maktab dan bilik masing-masing mengikut kategori jemaah lelaki dan wanita.

“Ini merupakan sebahagian daripada apa yang diterapkan dalam kursus haji yang bukan sahaja fokus kepada hukum hakam tetapi disiplin kebersihan diri dan persekitaran,” katanya ketika merasmikan program itu di Hotel Zwar Al-Bayt di sini semalam.

Menurut Syed Saleh, kebersihan mencerminkan kemabruran haji merupakan slogan yang dipilih dalam program berkenaan.

Tambahnya, pemenang akan diumumkan selepas 27 Jun apabila kesemua jemaah telah kembali ke maktab selepas melaksanakan wukuf dan selesai melakukan haji.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI