fbpx

‘Inspektor Sheila’ buat hal lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian yang didakwa berlaku di sebuah balai polis di Sei Petaling.

PETALING JAYA – Seorang penjawat awam yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ dikatakan buat hal lagi dengan merendah-rendahkan pangkat anggota polis lain.

Melalui satu klip video yang tular ketika ini, kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah balai polis di Seri Petaling, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut keterangan klip video tersebut, pegawai kontroversi itu telah diikat jamin semalam dan hadir ke balai tersebut untuk buat satu laporan.

“Dia dah kena ikat jamin semalam dan datang balik untuk buat report pasal sesuatu. Balai Seri Petaling,” tulis keterangan video tersebut.

Terdahulu, pegawai itu telah didakwa dengan dua kes selepas videonya yang sedang menghina anggota polis bertugas tular di media sosial.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di salah sebuah kawasan di sekitar Gombak.

Namun, tindakannya tidak berhenti di situ apabila satu lagi video yang menyaksikan pegawai tersebut memaki hamun seorang wanita di sebuah tapak pakir kereta turut tular di media sosial semalam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI