fbpx

Inspektor hina anggota polis, buat kecoh di parkir ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang wanita yang terlibat dalam kejadian menghina anggota polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Khamis lalu, ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan wanita berusia 35 tahun itu dibuat awal pagi tadi bagi melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

“Wanita itu akan diberi jamin petang ini selepas melengkapkan keterangannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Hussein mengesahkan wanita itu telah dipanggil Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.

Terdahulu, polis membuka dua kertas siasatan berhubung video tular memaparkan seorang wanita dipercayai menghina anggota polis di sebuah kedai makan di Gombak.

Bagaimanapun, hari ini, tular satu lagi video di media sosial membabitkan wanita tersebut di kawasan parkir dipercayai di pusat beli-belah dekat Brickfields. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI