fbpx

Ustazah Asma’ mahu bertemu Menteri bincang pendidikan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asma menerima anugerah daripada Zahri pada majlis tersebut, hari ini.

SHAH ALAM – Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun berhasrat mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi perkongsian idea mengenai pendidikan awal atau tadika.

Menurut beliau, kelas tadika ibarat batu asas pendidikan yang perlu diperkukuhkan dalam membentuk adab dan akhlak anak-anak sebelum mereka menyambung pengajian di sekolah kebangsaan.

“Sebagai Ikon Pusat Tadika Swasta Selangor (PTSS) saya berhasrat untuk berkongsi idea tentang pendidikan awal demi kebaikan generasi muda kita.

“Pusat tadika ibarat akar yang perlu dimantapkan dan jika ia lemah (maka) ranting, dahan dan pohon tidak mampu bertahan.

“Menteri Pendidikan sebagai seorang wanita dan juga ibu sudah pasti ingin memastikan anak-anak di tadika dilengkapkan dengan ilmu akhlak dan agama Islam yang syumul,”katanya, hari ini.

Terdahulu beliau menerima Anugerah Ikon PTSS yang disampaikan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan SekolahJabatan Pendidikan Selangor, Dr. Zahri Ramlan sempena Hari Apresiasi PTSS 1.0.

Mengulas lanjut, Asma menjelaskan perbincangan juga akan tertumpu berhubung bayaran yuran tadika swasta lebih berpatutan.

“Jika tadika swasta tidak mempunyai kewangan yang kukuh sudah pasti isu tangkap muat kakitangan pusat pendidikan terus menjadi bualan. Kita tidak mahu pendidik tidak kompeten dan bersikap mendera terus berulang.

“Justeru saya berharap dapat mengutarakan isu yuran tadika swasta yang lebih sesuai dengan beban tanggungjawab mendidik anak-anak kecil kepada pihak kerajaan,”katanya.

Berhubung anugerah ikon itu, beliau menegaskan merupakan tanggungjawab besar bagi dirinya untuk memastikan sektor pendidikan awal dimartabatkan sebagai pendidikan utama di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI