fbpx

Tak pernah arah ambil tindakan kepada sesiapa – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) semasa tiba di Majlis Amanat Khas Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Kelantan di Dewan Besar Balai Islam, Lundang di Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pihak tertentu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin negara.

Bagaimanapun katanya, beliau hanya memberi arahan jelas kepada semua agensi termasuk penguatkuasaan supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan tegas dan berani.

“Saya sentiasa mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengulangi sikap gelojoh untuk memegang jawatan dengan sesuka hati memberi kontrak kepada anak-beranak (keluarga) dan mengambil komisen.

“Jika disiasat dan didakwa, mereka akan kata ini semua tindakan politik. Saya sebut ini kerana saya tidak mahu penjawat awam berada di landasan yang tidak betul,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Khas Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Kelantan di Dewan Besar Balai Islam, Lundang di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sehubungan itu, beliau memohon kepada semua penjawat awam agar bersih daripada sikap tamak haloba.

Menurutnya, beliau yakin negara mampu diangkat sebagai negara yang berjaya sekiranya semua penjawat awam di semua peringkat menghentikan amalan boros. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI