fbpx

Program BizFrancais Perak 2023: Pernas sasar pembiayaan RM3.68 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Bakar (kiri) menunjukkan dokumen MoU disaksikan oleh Salbiah (tengah) di majlis perasmian Bizfrancais@perak 2023 di Hotel Casuarina@Meru di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dan Seketariat Usahawan Negeri Perak (STEP) menyasarkan potensi pembiayaan sebanyak RM3.68 juta bagi Program BizFrancais Perak 2023.

Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, Ipoh menjadi lokasi pertama bagi siri jelajah Program BizFrancais pada tahun 2023 dan program itu akan diadakan di lima lokasi lain iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang.

“Pernas telah menganjurkan 16 siri program BizFrancais termasuk di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, Langkawi, Johor, Melaka, Terengganu, Sabah dan Sarawak sejak diperkenalkan pada 2019.

“Program BizFrancais ini bertujuan untuk memperkenalkan perniagaan francais dan pra-francais serta memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang ditawarkan oleh Pernas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, Pernas telah meluluskan sebanyak RM14.94 juta pembiayaan daripada penganjuran program BizFrancais sejak 2019 sehingga tahun lalu.

Katanya, Pernas telah membiayai sebanyak RM17.6 juta bermula pada 2004 sehingga kini kepada para usahawan di Perak.

Sementara itu, dalam program yang sama, berlangsung sesi memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Pernas dan Universiti Sultan Abdul Aziz (USAS) yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar universiti dan graduan mengenai ekosistem francais.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Koperasi dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pernas, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI