fbpx

NL: Peluang terbaik Croatia buktikan kredibiliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CROATIA berjaya membuktikan kemampuan mereka menjadi kuasa besar bola sepak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - FB HNS

ROTTERDAM, Belanda – Pasukan Croatia berharap dapat menamatkan penantian kejuaraan di pentas antarabangsa dengan menjulang trofi Liga Negara-Negara Eropah menjelang aksi final bertemu Sepanyol di Stadium De Kuip awal pagi esok.

Sebagai rekod, Croatia yang menduduki ranking ke-7 dunia telah mencipta sejarah tersendiri sebelum ini apabila bergelar naib juara Piala Dunia edisi 2018 dan menduduki tempat ketiga Piala Dunia 2022 tahun lalu.

Ketua jurulatihnya, Zlatko Dalic mengakui sekarang adalah masa yang tepat untuk barisan pemain membuktikan kredibiliti mereka dalam usaha melakar sejarah memandangkan Croatia sebelum ini bukanlah kuasa besar bola sepak dunia.

“Semua orang tahu aksi final adalah yang paling penting kerana ia menawarkan hadiah utama dan trofi berprestij untuk dimenangi. Kami memiliki skuad generasi emas ketika ini dan mereka cukup bermotivasi untuk melakar sejarah tersendiri.

“Dalam tempoh enam tahun, kita telah menang dua pingat yang sebelum ini tiada siapa boleh jangka dengan bergelar naib juara pada Piala Dunia 2018 dan ketiga di Piala Dunia tahun lalu.

“Keputusan konsisten tersebut membuatkan Croatia kini boleh diiktiraf sebagai salah satu kuasa besar bola sepak dunia dan saya yakin barisan pemain dapat membuktikan kualiti sebenar mereka nanti.

“Saya akui perlawanan separuh akhir bertemu Belanda sebelum ini agak memenatkan pemain tetapi saya harap mereka terus bersemangat dalam membantu pasukan melakar kemenangan,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah Croatia, Mario Pasalic mengakui kejayaan mara dalam kelompok empat negara terbaik Eropah dalam kejohanan berprestij itu juga sudah cukup membanggakan tetapi peluang beraksi di final tidak boleh disiakan.

“Semua orang sudah bangga dengan kejayaan pasukan dapat mara ke peringkat separuh akhir tetapi masih ada satu lagi perlawanan yang perlu diharungi bagi memastikan kita dapat menjulang trofi yang sudah lama dinantikan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI