fbpx

Lelaki kumpul lebih 1,500 koleksi Iron Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada koleksi Iron Man dalam simpanan Miguel.

MINAT yang mendalam terhadap adiwira Iron Man telah mendorong Miguel Andres Javier untuk mengumpul pelbagai koleksi watak tersebut.

Sehingga kini, lelaki yang berasal di Peru itu telah memiliki sebanyak 1,548 koleksi memorabilia Iron Man.

Miguel mula menyimpan koleksi Iron Man pada 2007 iaitu setahun sebelum tayangan pertama filem tersebut.

Dia menyimpan pelbagai koleksi seperti figura, bola, kad dan lain-lain lagi yang kesemuanya berkaitan watak Iron Man.

Koleksi pertama yang disimpannya adalah patung aksi Iron Man setinggi 16 sentimeter berwarna kuning dan merah.

Dia membelinya secara terpakai dan beberapa bahagian telah hilang di kampung halamannya di Lima.

Malah, Miguel mendapat inspirasi untuk menyimpan lebih banyak koleksi setelah melihat pelakon Amerika Syarikat, Robert Downey Jr. memegang watak Iron Man.

Dia menikmati watak yang dibawa pelakon tersebut sebagai adiwira Iron Man.

Miguel juga menghargai ciri-ciri pada watak tersebut yang kelihatan angkuh dan ego.

MIGUEl berjaya mendapat sijil Guinness World Records sebagai penyimpan koleksi Iron Man terbanyak.

Jadi tidak hairanlah apabila Iron Man dianggap negatif oleh sesetengah orang.

“Saya dapati bahawa terdapat ramai yang menghargai watak Iron Man serta pelakon, Robert Downey Jr.,” katanya.

Miguel juga berasa lebih bersemangat dan gembira apabila berjaya menemui serta menyimpan koleksi berkaitan Iron Man.

Antara koleksi menarik dan sukar diperoleh dalam simpanannya termasuk figura Iron Man Hulkbuster yang dikeluarkan oleh syarikat itu, Toybiz.

Dia juga memiliki set Tony Stark dan Hall of Armors yang mengandungi beberapa figura aksi, di mana Tony Stark memakai baju besinya, hasil ilham daripada filem Iron Man 3.

Selain itu, Miguel memiliki koleksi Iron Man Mark IV yang menampilkan Iron Man memakai cermin mata hitam. Ia dikeluarkan oleh syarikat Hasbro.

Bagaimanapun, koleksi kegemaran Miguel ialah figura Iron Man berukuran 15 sentimeter yang dihasilkan oleh syarikat Bandai dari Jepun.

Apabila koleksi Iron Man dalam simpanannya semakin bertambah, Miguel mendapati bahawa kerja-kerja mengumpul menjadi semakin mencabar.

Namun begitu, setiap tambahan koleksi Iron Man membawa kebahagiaan, kebanggaan dan kegembiraan yang besar kepadanya.

Miguel juga menjaga koleksinya dengan sangat baik termasuk membungkus setiap objek dan meletakkannya di dalam kotak kadbod untuk melindunginya daripada unsur-unsur yang boleh merosakkan.

Setiap satu koleksinya mempunyai tag maklumat berkaitan perihal item, pengilang dan nombor rujukan.

Bagi Miguel, gelaran Guinness World Records telah memberikannya kepuasan yang besar.

Dia berharap dapat menggunakan gelaran tersebut untuk memberi inspirasi kepada orang lain.

“Mencapai matlamat tidak mustahil, tetapi ia adalah jalan yang perlu dilalui dengan keberanian, semangat, tertib dan penuh berdisiplin. Jangan takut untuk cuba memecahkan rekod kerana kepuasannya sangat hebat,” katanya.

Tambah Miguel, dia juga ingin menambah koleksi Iron Man dalam simpanannya dan bersedia untuk memecahkan rekod sendiri selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI