fbpx

Kes kebocoran subsidi banyak, percayalah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara makmur, namun berlaku banyak kebocoran termasuk pelbagai jenis subsidi kepada orang miskin.

Menurutnya, subsidi yang diperuntukan kepada golongan yang memerlukan itu sebenarnya banyak, tetapi yang diseleweng juga banyak.

“Negara ini makmur, bocornya banyak. Percayalah. Kes-kes yang ditangkap itu, baru mula-mula. Duit minyak, makan dan diesel pun sakau (oleh golongan kaya). Jadi, sampai bila akan cukup.

“Oleh itu, badan penguat kuasa di Kelantan perlu perhati (kes kebocoran) dan laksanakan dengan baik. Tidak boleh lagi lakukan begitu (kebocoran subsidi),” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Khas Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Kelantan di Dewan Besar Balai Islam, Lundang di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, jumlah subsidi elektrik sebanyak RM30 bilion yang tidak dikawal pada tahun ini dilihat mampu merencatkan cadangan kerajaan untuk banyak pembinaan sekolah dan universiti baharu.

Menurutnya, sehubungan itu, kerajaan baru-baru ini telah membatalkan keputusan untuk menaikkan kadar elektik yang ditetapkan oleh kerajaan terdahulu.

“Ramai yang kata fitnah (naikkan kadar elektik). Kita ada rekod dan pernah diumumkan menteri pada ketika itu. Tidak boleh laksanakan perkara itu (naikkan kadar elektik) bagi rakyat yang tengah susah.

“Ia jadi satu beban kepada rakyat. Bagi kerajaan, tidak naikkan kadar elektrik juga satu beban,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI