fbpx

KPDN sedia runding harga susu formula dengan pengeluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (kiri) bersama Pengarah KPDN negeri, S. Jegan (kanan) ketika majlis pelancaran Treler Jualan Rahmah Bergerak/Mobil sempena Love Penang Agrofest@Pesta Mengkuang 2023 di Mengkuang Titi, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedia berunding dengan pengeluar susu formula kanak-kanak bagi menangani isu kenaikan harga yang didakwa meningkat sejak akhir ini.

Timbalan Menterinya, Senator Fuziah Salleh berkata rundingan itu akan dilakukan dalam masa terdekat setelah pihaknya melalui proses mesyuarat di Kabinet semalam.

“Kita ambil maklum mengenai hal ini di mana semalam kita (sudah) bermesyuarat dalam post kabinet berkenaan kos susu formula kanak-kanak yang dikatakan meningkat.

“Malah, kita akan buat libat urus secepat mungkin, kalau boleh minggu ini di mana kita sudahpun memberikan arahan untuk libat urus dengan syarikat-syarikat pengeluar (susu formula kanak-kanak) supaya dapat membuat rundingan mengenai dengan ‘harga Rahmah’ barangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Treler Jualan Rahmah Bergerak/Mobil sempena Love Penang Agrofest@Pesta Mengkuang 2023 di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Beliau memberitahu, meskipun produk susu formula kanak-kanak itu bukan barangan kawalan namun pihak KPDN tetap mengambil langkah proaktif dengan mengumpulkan semua jenama yang digariskan sebagai jenama rakyat supaya pendekatan positif dapat dicapai demi kesejahteraan rakyat.

“Jenama rakyat ini adalah seperti Dutch Lady dan beberapa jenama lain seangkatan dengannya dan bukannya jenama susu formula kanak-kanak yang mahal. Jadi, kita sedang kumpulkan jenama-jenama susu formula yang ada ini, seterusnya kita akan buat rundingan dengan pihak pengeluar dalam masa terdekat,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI