fbpx

Dua Olimpian negara terajui Persekutuan Renang Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN kepimpinan baharu MAS bagi penggal 2023/2025.

Kuala Lumpur – Persekutuan Renang Malaysia (MAS) kini meraih semangat baharu selepas dua Olimpian negara iaitu Nurul Huda Abdullah dan Marilyn Chua menerajui barisan kepimpinan tertinggi badan induk sukan tersebut.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) hari ini, legenda renang negara, Nurul Huda dipilih sebagai Penolong Setiausaha Agung selepas menewaskan lawannya dari Kuala Lumpur, Tan Chin Chin dengan keputusan 28-20.

Manakala, Marilyn Chua yang juga ketua jurulatih Selangor dilantik sebagai Naib Presiden MAS selepas mendapat 29 undi dari ahli gabungan berbanding penyandang terdahulu Datuk Nawawi Reduan  (Melaka) 20 undi.

Presiden MAS, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mempertahankan kerusi MAS bagi penggal 2023/2025 tersebut berkata, dia gembira sepanjang undian tersebut sekali gus berharap kepimpinan baharu dengan diperkuatkan bekas atlet itu mampu mengembalikan zaman kegemilangan sukan renang.

“Sudah pasti dan itu saya harapkan mereka (bekas atlet). Saya juga berharap mereka ini akan menjadi pelapis untuk menggantikan tempat kami pada masa akan datang. Kami kalau boleh nak lepaskan jawatan ini serta merta.

“Kitapun perlukan perubahan besar dan sekarang ini kami telah gerakkan perubahan ini dengan memasukan orang muda serta bekas atlet dalam persatuan. 

“Kita nak mereka ini memimpin persatuan pada masa akan datang. Kalau mereka ada kehebatan kami tiada masalah,” katanya ketika pemberita di sebuah hotel terkemuka di ibu negara hari ini.

Sebagai rekod, Nurul Huda antara atlet berpengalaman apabila meraih 22 pingat emas di temasya Sukan SEA dan pernah menyertai kontinjen negara di Sukan Olimpik Seoul 1988 dalam tiga acara. 

Marilyn juga merupakan atlet berpengalaman apabila pernah beraksi di temasya Sukan Olimpik Sydney pada 2000 dalam acara gaya bebas 50 meter (m). 

Dalam pemilihan hari ini, turut menyaksikan kejutan apabila mantan Setiausaha Agung MAS, Mae Chen (Kuala Lumpur) tewas di tangan Andy Low selepas lawannya itu meraih 29 undi berbanding dirinya 22.

Selain itu, Oon Kee Seng dari Perak dan Nancy Yap (Kuala Lumpur) berjaya mempertahankan jawatan masing-masinh  sebagai Timbalan Presiden dan bendahari MAS.

Dalam perkembang sama, lima individu dilantik sebagai ahli jawatakankuasa iaitu Tasha Jane Taher Ali (Pulau Pinang ), Goh Kah Yi (Negeri Sembilan), Chee Pao Kam (Kedah), Haris Lua Abdullah (Johor) dan Mohd. Azwan Abd Halim (Sabah). KOSMO! Online

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI