fbpx

Lebih 100 kanak-kanak berhimpit dalam bot sebelum karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej dari udara yang diambil dari helikopter penyelamat memaparkan keadaan di atas bot nelayan itu sebelum ia karam di perairan luar pantai Peloponnese di Greece pada 13 Jun lalu. - AFP

KALAMATA, Greece – Beberapa mangsa terselamat dalam nahas sebuah bot membawa migran yang karam di selatan Greece memaklumkan bahawa kira-kira 100 kanak-kanak berada di atas bot itu ketika kejadian.

Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, sekurang-kurangnya 79 migran maut dalam salah satu bencana melibatkan pendatang asing terburuk di benua Eropah itu.

Namun, lebih ramai mangsa didakwa masih hilang di laut dengan laporan menunjukkan bahawa sehingga 750 orang menaiki kapal itu ketika kejadian.

Saluran televisyen Greek Tv melaporkan, sembilan orang termasuk beberapa warga Mesir ditangkap kerana disyaki memperdagangkan manusia. 

Pengawal Pantai Greece dikritik kerana tidak campur tangan lebih awal tetapi pihak berkuasa memaklumkan tawaran bantuan mereka telah ditolak.

Pasukan penyelamat masih menjalankan misi pencarian di sekitar lokasi kejadian selepas bot itu terbalik hampir 50 batu nautika dari pantai barat daya Greece walaupun harapan untuk menemui lebih ramai mangsa yang terselamat semakin pudar.

Bot itu dikatakan berlepas tanpa penumpang dari Mesir dan berhenti di pelabuhan Tobruk di Libya, di mana ia memuatkan pendatang asing sebelum menuju ke Itali, lapor media Greece.

Gambar kejadian menunjukkan dek bot nelayan itu dipenuhi orang ramai yang duduk dalam keadaan berhimpit. 

Jumlah anggaran penumpang wanita dan kanak-kanak itu pula didedahkan oleh beberapa doktor yang merawat kebanyakan mangsa terselamat.

Seorang doktor kanan di Hospital Besar Kalamata, Dr. Manolis Makaris memberitahu BBC bahawa seramai 100 kanak-kanak berada di dalam kapal itu.

“Mangsa yang terselamat memberitahu kami bahawa terdapat kanak-kanak di bahagian bawah bot, kanak-kanak dan wanita.

“Seorang memberitahu saya terdapat kira-kira 100 kanak-kanak, manakala yang lain menyebut jumlahnya sekitar 50 orang. Justeru, saya tidak tahu kebenarannya tetapi amat ramai,,” katanya. 

Makaris percaya seramai 600 orang terkorban dalam nahas itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI