fbpx

Kumpulan QI, Yayasan RYTHM anjur kempen derma darah, organ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktiviti menderma darah yang berjaya dianjurkan oleh syarikat sebelum ini.

PETALING JAYA – Kumpulan QI dan Yayasan RYTHM bakal menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pendermaan Organ pada hujung minggu selama dua hari bermula 17 Jun ini di NU Sentral, Kuala Lumpur.

Perunding Perkhidmatan Korporat dan Sokongan Pentadbiran Kumpulan QI, Kalyani Puspangathan berkata, aktiviti ini diadakan sejajar dengan Hari Penderma Darah Kebangsaan 2023 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan berterusan menderma darah serta menggalakkan orang ramai untuk menderma organ.

“Kempen selama dua hari ini yang diadakan pada hujung minggu adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai yang keluar membeli belah, keluar makan-makan bersama keluarga dan rakan-rakan tetapi dalam masa sama dapat memberi mereka ruang melakukan amalan mulia serta membantu sesama insan yang memerlukan.

“Kempen ini dilakukan atas rasa tanggungjawab sosial organisasi kami untuk memenuhi keperluan serta meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Kalyani menerangkan, berdasarkan kepada kempen sebelum ini, sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan dan sehubungan itu, pihaknya terpanggil lagi untuk menyediakan kemudahan kepada masyarakat untuk berbuat kebajikan.

Tambah beliau, semua darah yang dikumpulkan semasa kempen ini akan disumbangkan kepada Pusat Darah Negara dalam menyokong usaha menyediakan bekalan darah yang mencukupi pada waktu kecemasan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI