fbpx

Chelsea berunding dapatkan Vlahovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VLAHOVIC menjadi buruan Chelsea untuk menguatkan lagi jentera serangan mereka untuk saingan musim depan. – AFP

LONDON – Chelsea dilaporkan serius memburu penyerang Juventus, Dusan Vlahovic yang dikatakan mempunyai klausa yuran perpindahan bernilai €80 juta (RM399.13 juta).

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mahu merekrut penyerang baharu kerana beliau didakwa tidak berminat menggunakan Romelu Lukaku yang akan tamat tempoh pinjaman ­bersama Inter Milan hujung bulan ini.

Media Itali, La Gazzetta dello Sport melaporkan, Pengarah Sukan Juventus, Giovanni Manna akan menggunakan kesempatan perjalanannya ke London hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan wakil Chelsea.

Manna akan berada di London bagi mencapai kata sepakat dengan Tottenham Hotspur dalam proses rundingan menjual ­pemain tengahnya, Dejan Kulusevski secara tetap selepas 18 bulan dipinjamkan ke kelab ber­kenaan.

Difahamkan, The Old Lady kini terdesak memerlukan dana bagi menguatkan kewangan mereka gara-gara terlepas slot Liga Juara-Juara musim depan disebabkan penolakan 10 mata dalam saingan Serie A.

Bagaimanapun, gergasi Itali itu tidak mahu melepaskan Vlahovic dengan harga lebih rendah berbanding jumlah €75 juta (RM374.18 juta) dibayar mereka ketika membelinya daripada Fiorentina pada Januari 2022.

Ia berdasarkan prestasi memberangsangkan bintang antarabangsa Serbia itu yang sudah meledak 23 gol daripada 63 perlawanan dalam semua kejohanan sepanjang dua musim.

Jika rundingan bersama Chelsea gagal menemui hasil positif, Manna dikatakan mahu ‘memujuk’ Arsenal memandangkan naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu juga antara kelab berminat membeli Vlahovic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI