fbpx

EPL: Kesabaran Chelsea makin berhasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALMER meledak gol pembukaan Chelsea ketika mereka meraih kemenangan ke atas Brighton awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Kesabaran yang ditunjukkan oleh Chelsea akhirnya terbalas apabila berjaya menewaskan Brighton 2-1 awal pagi semalam untuk menghampiri slot ke saingan pentas Eropah musim depan.

Keputusan itu menyaksikan The Blues kini hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu mata lagi untuk mengesahkan tempat keenam Liga Perdana Inggeris.

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino turut mengakui kemenangan itu adalah ganjaran buat kelab itu selepas terpaksa mengharungi detik sukar untuk sebahagian musim ini.

“Kami perlu tingkatkan keputusan dan prestasi pasukan. Apabila kita bercakap mengenai kesabaran untuk membina sesuatu, ia sentiasa dilihat sebagai alasan bagi pasukan besar.

“Kini kami perlu terus bekerja, kekal positif dan cuba tamatkan musim ini di kedudukan terbaik,” katanya.

Walaupun terpaksa bermain 10 pemain ekoran kad merah diterima Reece James, kedua-dua gol menerusi Cole Palmer dan Christopher Nkunku sudah cukup untuk Chelsea menang, manakala jaringan tunggal Brighton dijaringkan oleh Danny Welbeck

Pochettino juga menegaskan kemenangan ke atas Brighton kali ini sudah pun menzahirkan semangat juang kelab itu dan setiap pemain wajar diberikan kredit.

‘Tiga mata ini meletakkan kami di posisi terbaik untuk cuba dapatkan keputusan pada perlawanan terakhir yang memungkinkan kami ke pertandingan Eropah,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI