fbpx

Bercerai, kasih sayang buat mentua tidak berubah – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah yakin, hubungannya dengan mentua, Yusof Haslam dan Patimah takkan terputus tidak bersama anak pasangan itu sebagai suami isterinya.

PETALING JAYA – Aktres Puteri Sarah Liyana menegaskan perceraiannya dengan Syamsul Yusof tidak akan sesekali memutuskan hubungan kasih sayangnya dengan keluarga bekas mentua.

Menurut pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, kasih sayangnya terhadap bekas ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah juga tidak berubah walaupun sudah bercerai talak satu semalam.

“Sarah tahu mama dan papa sedih (berita perceraian).

“Walau apapun yang berlaku, anda berdua tetap mama dan papa buat Sarah. Tidak akan berubah sampai bila-bila,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Selain itu, dia turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama Patimah dan difahamkan akan bermalam di rumah bekas keluarga mentua dengan dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

“Insya- Allah Sarah dan anak-anak akan tidur di rumah mama,” katanya kepada Patimah.

Sementara, Patimah mengalu-alukan kehadiran Sarah dan menegaskan hubungan mereka masih kekal sama dan tiada sebarang perubahan.

“Jangan cakap macam itu, papa kata tiada apa yang berubah antara Sarah dan keluarga mama.

“Kami tetap sama seperti dulu,” ujarnya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan Yusof yang juga penerbit dan pengarah terkenal bersyukur perceraian Syamsul dan Sarah berakhir dengan baik tanpa sebarang sengketa kerana memikirkan masa depan anak-anak.

Patimah pula sedih dengan berita perceraian anak sulungnya itu sehingga menitiskan air mata.

Semalam, rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir semalam apabila pasangan sensasi terbabit sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI