fbpx

[VIDEO] Pencipta kandungan dari Belgium rancak menari tarian tradisional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar, Ed sedang menari, tarian tradisional rakyat Malaysia

PETALING JAYA – Pencipta kandungan TikTok dari Belgium, Ed, berjaya menawan hati rakyat Malaysia, apabila tampil, menari tarian tradisional dari Malaysia.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan Ed, di TikTok miliknya, dia dilihat tampil menari dengan pelbagai jenis tarian tradisional seperti zapin, joget dan inang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia kagum dengan kebolehan Ed, menari dan menguasai tarian tradisional Malaysia.

“Memang hebat, aku dulu lama nak berlatih, zapin pun sebulan baru nak ingat rentak. ‘Good job’ Ed,” komen seorang pengguna TikTok.

“Dah sampai Malaysia dah Ed, cepat betul dia hafal ‘step, memang terbaik,” komen RedRose.

“Saya macam tidak percaya, Ed boleh menari tarian tradisional Malaysia dengan sangat baik, ‘bravo’,” komen Linda Aries.

Perkongsian itu tular di aplikasi Tiktok dengan tontonan mencecah 2.3 juta, 217,100 tanda suka dan 2,208 komen.

Bukan itu sahaja, Ed juga sebelum ini pernah tular dengan ‘content’ menari dengan pelbagai jenis tarian tradisional dari negara-negara lain juga seperti India, Turki dan Jepun. – KOSMO! ONLINE

@edpeople Malaysia dances 🇲🇾 w/ @KerolMohtar ♬ original sound – Ed People

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI