fbpx

Lelaki Arab fasih Melayu ‘laku’ di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamadah (kiri) berbincang dengan Anuar mengenai pembahagian tugas Patuh ketika ditemui di Abraj Al-Janadriyah, Mekah baru-baru ini.

MEKAH – Jemaah haji yang menetap di sembilan buah maktab kelolaan Tabung Haji (TH) pasti perasan dengan kelibat sekumpulan pemuda tempatan memakai baju tertera tulisan Pembantu Petugas Haji (Patuh).

Tugas mereka ialah menghidangkan makanan, membantu cef, mengangkat bagasi, memandu, membersihkan surau, khidmat pelanggan dan sebagainya untuk keselesaan jemaah.

Kelibat mereka berbaju T kuning dan kemeja biru dapat dilihat di mana-mana kerana mereka sangat berbesar hati berkhidmat untuk TH terutama kepada jemaah Malaysia.

Seorang Patuh, Hamadah Abdul Ghani, 44, berkata, antara kriteria utama yang perlu ada pada mereka ialah tahu dan faham bahasa Melayu.

Katanya, ia penting untuk berkomunikasi dengan jemaah sekiranya mereka bertanyakan sesuatu kerana rata-rata bakal haji tidak tahu berbahasa Arab.

“Kalau tak tahu Melayu, agak susah nak bekerja. Bagaimanapun, bagi Patuh baharu, kita ada hadiri kelas untuk belajar bahasa.

“Kami hanya berkenalan antara satu sama lain selepas dipilih sebagai Patuh. Pekerjaan ini akan membuatkan kami akrab kerana perlu bekerjasama lebih kurang dua hingga tiga bulan sepanjang musim haji,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Hamadah, selepas habis haji, mereka akan membawa haluan masing-masing dan jika ada jodoh panjang, mereka bertemu lagi dengan jawatan sama untuk musim akan datang.

Hamadah yang mempunyai ahli keluarga di Alor Setar, Kedah, memberitahu, tahun ini dia bertugas di Maktab 77 bersama rakannya, Anuar Ismail, 46, yang juga fasih berbahasa Melayu di Abraj Al-Janadriyah di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI