fbpx

EPL: Sheikh Jassim miliki Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED bakal bertukar pemilik selepas Sheikh Jassim dilaporkan memenangi persaingan untuk menguasai kelab tersebut. – AFP

MANCHESTER – Urusan perpindahan hak pemilikan Manchester United dilaporkan semakin hampir menemui noktah dengan ba­yangan bilionair dari Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani bakal menguasai kelab berpengaruh di England tersebut.

Perebutan pemilikan kelab berkenaan berlangsung sejak beberapa bulan lalu melibatkan Sheikh Jassim dan pemilik syarikat petrokimia Ineos, Sir Jim Ratcliffe dengan beberapa bidaan telah dilakukan sebelum ini.

Selain kedua-dua mereka, beberapa lagi pihak turut mencuba nasib dengan pelbagai tawaran dikemukakan kepada keluarga Glazer yang menerima desakan hebat daripada penyokong untuk melepaskan pegangan saham mereka.

Laporan akhbar Al-Watan dari Qatar mendedahkan bahawa proses tersebut sudah sampai ke penghujung dan Sheikh Jassim akan diumumkan sebagai pemilik baharu kelab berkenaan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Kumpulan Armasite yang juga Naib Pengerusi Majlis Perniagaan Kanada-Qatar, Zaid Al-Hamdan menghantar ucapan tahniah kepada Sheikh Jassim menerusi laman sosial Twitter ekoran kejayaan mendapat pemilikan kelab berkenaan.

Berita berkenaan menyaksikan saham Manchester United PLC yang didagangkan di Bursa Saham New York mengalami lonjakan mendadak sebelum ditutup petang kelmarin.

Sebelum ini, Ratcliffe dikatakan semakin hampir menjadi pemilik baharu menerusi tawaran 60 peratus pegangan saham selain masih memberi peluang kepada Avram dan Joel Glazer untuk terus kekal di kelab itu sebagai pemegang saham minoriti.

Bagaimanapun, Sheikh Jassim yang mahukan penguasaan penuh terhadap kelab telah mengemukakan bidaan kelima pada Jumaat lalu pada harga lebih tinggi sehingga dikatakan keluarga Glazer tidak mampu menolaknya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI