fbpx

Tiga sekeluarga cedera dihempap dinding rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mangsa dihempap dinding yang jatuh di Jalan Sungai Pusu, Kampung Pinggiran Universiti Islam Antarabangsa, Selayang, hari ini.

SELAYANG – Tiga sekeluarga cedera dihempap dinding rumah yang dalam pembinaan jatuh di Jalan Sungai Pusu, Kampung Pinggiran Universiti Islam Antarabangsa, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.35 petang daripada orang awam.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian.

“Tembok dinding sebuah rumah yang dalam pembinaan rebah dan menghempap tiga mangsa yang merupakan satu keluarga warga tempatan.

“Seorang lelaki lelaki berusia 35 tahun cedera parah manakala seorang wanita berusia 30 dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun masing-masing cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihak bomba memberi rawatan awal kepada semua mangsa dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI