fbpx

MetMalaysia uji siren sistem amaran awal tsunami di Sabah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari esok.

Justeru, MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta agar tidak panik sekiranya mendengar siren berkenaan.

“Ujian siren tersebut akan dilakukan di Balai Cerap Al-Biruni. Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan satu ujian sahaja.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” katanya di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI