fbpx

KBS minta MOM jadi ‘orang tengah’ pujuk PABM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH Yeoh berharap Tan Sri Norza Zakaria mempertimbangkan semula keputusannya melepaskan jawatan No. 1 BAM pada hujung bulan ini.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) dilihat mahu menyelesaikan kemelut membabitkan sukan angkat berat terutama penyertaan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya telah meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meneliti perkara tersebut selepas PABM menarik diri daripada mengendalikan penganjuran sukan berkenaan pada edisi lalu.

“Kita bincang dan minta MOM melihat perkara ini kerana kebimbangan sudah disuarakan beberapa negeri,” kata Hannah pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma Bilangan 9 di Menara KBS semalam.

PABM berkeras untuk meninggalkan Sukma 2022 selepas tiga atlet daripada dua negeri didapati menggunakan bahan terlarang dan kesannya menyebabkan rekod kebangsaan yang dicipta pada temasya berkenaan tidak diiktiraf.

Dalam pada itu, Hannah menjelaskan, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma dan Sarawak bersetuju menyenaraikan lima jenis sukan iaitu softball, kriket, catur, kabaddi dan silambam untuk dipertandingkan pada Sukma tahun depan.

Ujar Hannah, kelima-lima acara sukan tersebut perlu mempunyai penyertaan enam negeri sebelum ia dibenarkan dipertandingkan di Sarawak.

“Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma telah membincangkan rayuan daripada tujuh jenis sukan yang memohon untuk dipertandingkan pada Sukma 2024. Keputusan bersama telah dibuat dan jawatankuasa bersetuju membawa masuk lima acara sukan tersebut.

“Faktor pertimbangan dibuat kerana sukan itu mempunyai Kejohanan Remaja Kebangsaan. Paling penting Sarawak selaku penganjur Sukma 2024 dan MSN sebagai penganjur Sukma 2026 bersetuju memasukkan lima sukan ini supaya ada kesinambungan dan perancangan.

“Jadi, persatuan sukan semua perlu ada peranan masing-masing agar sukan tersebut popular sebelum negeri itu bersetuju untuk menghantar penyertaaan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI