fbpx

Sembilan ditahan susulan video pergaduhan tular di Maran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video pergaduhan sekumpulan lelaki di Sri Jaya di Maran.

MARAN – Polis menahan sembilan individu yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan susulan video yang tular melibatkan pergaduhan beberapa individu di kawasan Sri Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Nor Zamri Abd. Rahman berkata, kesemua individu berusia antara 23 hingga 59 tahun ditahan semalam dan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Pihak ibu pejabat polis daerah Maran mengesahkan kejadian berlaku pada 11 Jun 2023 lebih kurang pukul 1 petang di kawasan Sri Jaya Maran.

“Terdapat tiga individu yang mengalami kecederaan ringan di dalam kejadian itu dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar,” katanya di sini hari ini.

Semalam tular video berdurasi 25 saat yang memaparkan kekecohan dan pergaduhan antara sekumpulan lelaki jalan raya di Sri Jaya di sini.

Menurut Nor Zamri, polis giat melakukan siasatan dan memohon kerjasama semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Pihak polis juga merakamkan terima kasih atas kerjasama daripada masyarakat sehingga pihak polis berjaya menahan suspek yang dikehendaki.

“Ini jelas membuktikan masyarakat sentiasa membantu polis dalam usaha mencegah dan membanteras jenayah khususnya di bawah pentadbiran Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Maran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI