fbpx

Ratu cantik Vietnam dikritik rakyat senegara kerana tidak fasih bahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dang Thanh Ngan (kiri) bercakap dalam bahasa Vietnam ketika ditemu bual oleh Ivan Padrez semalam pada pertandingan Miss Supranational 2023 yang akan diadakan di Malopolska, Poland. - VGT

HANOI, Vietnam – Kemahiran berbahasa Inggeris peserta ratu cantik Vietnam, Dang Thanh Ngan mencetuskan perdebatan dalam kalangan rakyat negara itu semasa dia ditanya soalan  oleh pengacara pertandingan Miss Supranational 2023, Ivan Padrez, lapor portal berita VnExpress hari ini.

Ngan ditemu bual Padrez melalui aplikasi Supra Chat.  Dia kini melakukan persiapan  untuk menyertai pusingan akhir pertandingan itu di Malopolska, Poland pada 14 Julai ini.

Ketika peserta dari India, Malaysia dan Thailand memberikan persembahan yang meyakinkan, Ngan tidak dapat mengekalkan postur tenang dan bergelut untuk melengkapkan pengenalan diri dalam bahasa Inggeris.

Apabila ditanya apa yang dikehendakinya dalam tempoh lima tahun lalu, ratu cantik Vietnam itu terpaksa meminta bantuan  jurubahasa dan menjawab dalam bahasa negaranya.

Selepas menonton persembahan Ngan, ramai penonton kecewa kerana kemahiran bahasa Inggerisnya sangat  terhad dan jawapan yang diberikan tidak tepat. 

Malah ada yang membandingkannya dengan peserta Vietnam edisi Miss Supranational sebelum ini.

“Saya mengharapkan persembahan yang mengagumkan  tetapi yang saya hanya boleh ketawa  melihat dia bertutur dalam bahasa Inggeris,” komen seorang netizen, Ngo Hai.

Seorang lagi netizen, Minh To membuat ulasan: “Jelas sekali bahasa Inggerisnya tidak bagus, tetapi jawapannya dalam bahasa Vietnam seolah-olah dia telah menghafal jawapan.

Namun, ada yang mempertahankan ratu cantik itu.

“Ngan mungkin tidak pandai bahasa Inggeris, tetapi ini pertandingan kecantikan dan  bukan kejohanan debat. Pertandingan baru sahaja bermula dan masih ada banyak peluang untuk Ngan berjaya’,” tulis seorang pengguna internet, Trang Vo. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI