fbpx

Dia nampak kejujuran Pas bila hilang jawatan – Mohd. Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad (kiri), Annuar (kanan).

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi secara sinis mengkritik langkah bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyertai Pas.

Beliau dalam satu hantaran di media sosial hari ini mempersoalkan apakah setelah lapan kali Annuar berlawan dengan Pas di pilihan raya, baru sekarang nampak kejujuran Pas.

“Dia nampak kejujuran Pas bila dipecat dan hilang jawatan atau baru sekarang Annuar nampak, masuk Pas masuk syurga,” sindirnya lagi.

Terdahulu, Mohd. Puad menyindir Annuar sebagai ‘siakap senohong gelama ikan duri, masuk Pas cakap bohong kerana kepentingan diri’.

Kata beliau, Annuar memaklumkan tidak akan menyertai semula UMNO walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu ahli UMNO yang dipecat kembali ke pangkuan UMNO.

Menurut beliau, Ahmad Zahid tidak pernah berkata begitu, sebaliknya memberitahu pintu UMNO terbuka jika mereka merayu untuk kembali menjadi ahli UMNO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI