fbpx

Cardi B pilih Lisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA dan Cardi B

SEJAK dilancarkan pada September 2021, lagu Money nyanyian Lisa Blackpink terus menjadi pilihan peminat di seluruh dunia.

Bukan sahaja menuai pujian peminat dan pengkritik muzik sehingga meraih anugerah berprestij, lagu berkenaan meninggalkan kesan yang tidak dapat dijangkakan bagi sesetengah orang.

Hal sama turut diluahkan penyanyi rap popular dunia, Cardi B yang turut menyukai karya tersebut.

Sokongan Cardi B terhadap lagu Money dibuktikan semasa muncul dalam Stationhead Listening Party baru-baru ini.

Stationhead Listening Party merupakan acara pengguna platform laman sosial, Stationhead berkumpul untuk mendengar muzik bersama-sama melalui stesen radio dalam talian.

Cardi B secara peribadinya memilih Lisa dan mengisytiharkan Money sebagai lagu kegemarannya kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI