fbpx

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik terkandas di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa menunggu lebih lama untuk menamatkan kemarau kejuaraan dalam Jelajah Dunia BWF selepas tersingkir di separuh akhir Terbuka Singapura.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang untuk melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura selepas tewas kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang sebentar tadi.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, juara dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan 21-16, 15-21, 17-21 meskipun bermula baik di awal perlawanan.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Aaron-Wooi Yik terus kempunan untuk meraih gelaran sulung musim ini selepas pencapaian terbaik mereka ketika muncul naib juara pada Terbuka India Januari lalu.

Untuk rekod, beregu yang menghuni ranking keempat dunia itu masih belum merangkul sebarang kejuaraan dalam saingan Jelajah Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) selepas mula digandingkan pada 2017.

Sementara itu, satu lagi harapan Malaysia dalam acara beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut ditunjukkan jalan keluar di separuh akhir selepas kalah kepada beregu Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

Walaupun cuba memberi tentangan sengit kepada bekas beregu No.1 dunia itu, namun Tang Jie-Ee Wei terpaksa akur apabila tewas menerusi aksi straight 17-21, 22-24 dalam perlawanan memakan masa 39 minit.

Berakhir cabaran di Terbuka Singapura, pemain-pemain negara akan mula mengalihkan fokus terhadap kejohanan Terbuka Indonesia yang dijadualkan bermula 13 hingga 18 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI