fbpx

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 18 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) memaklumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Ahad, 18 Jun bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijriah.

JPM menerusi satu kenyataan berkata, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja juga akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah (Hari Raya Qurban) yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

Majlis Raja-raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Lokasi yang terlibat ialah Pontian Kecil, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka dan Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Lokasi di Selangor ialah di Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

Di kawasan utara pula Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak, Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang, Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah.

Di timur tanah air, Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, di Terengganu, Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan.

Lokasi lain di Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah, Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang dan Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia, Kampus Antarabangsa Labuan, Sabah.

Turut menjadi lokasi melihat anak bulan ialah di Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI