fbpx

Roland Garros: Swiatek tepati ramalan ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK mara ke pentas final Terbuka Perancis selepas menundukkan Hadad Maia pada aksi separuh akhir awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Pemain No. 1 dunia, Iga Swiatek menepati ramalan apabila menempah tiket final Terbuka Perancis malam ini sekali gus mencerahkan peluang untuk mempertahankan kejuaraan bertaraf Grand Slam buat tahun ke­dua berturut-turut.

Pada aksi separuh akhir di Roland Garros awal pagi semalam, Swiatek mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menafikan cabaran wakil Brazil, Bea­triz Haddad Maia dengan kemenangan straight-set 6-2, 7-6.

Keputusan tersebut menyak­sikan atlet kelahiran Poland itu bakal membuat perhitungan dengan pemain bukan pilihan dari Republik Czech, Karolina Muchova untuk perlawanan ­akhir hari ini.

Kata Swiatek, kemenangan tersebut sememangnya memberi motivasi tambahan dalam usaha menjuarai Terbuka Perancis buat kali ketiga dalam karier selepas edisi 2020 dan tahun lalu.

“Saya sangat gembira apabila dapat menang pada aksi separuh akhir kali ini. Pujian wajar diberikan kepada Maia yang mempamerkan tentangan sengit sepanjang perlawanan khusus­nya pada set kedua.

“Namun, saya akui pengalaman yang ada membolehkan saya kekal fokus untuk memastikan aksi kali ini tidak berlarutan sehingga ke rubber set.

“Mengenai aksi final bertemu Muchova, saya akui agak rapat dengannya kerana kami sering berlatih bersama sejak 2019 dan sering melihat aksinya di gelanggang.

“Walaupun dia bukanlah pemain pilihan, saya tetap hormati­nya kerana di atas gelanggang, apa sahaja boleh berlaku tambahan pula dia memiliki corak permainan yang berkualiti,” kata pemain berusia 22 tahun itu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI