fbpx

Bapa hilang 6 bulan ketika umrah disahkan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan ketika adik Muhammad Nabil, Muaz (kiri) bersama arwah bapanya, Musthafa Kamal.

BATU PAHAT – Selepas kira-kira enam bulan hilang ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci pada 12 Disember tahun lalu, Musthafa Kamal Abdullah, 49, disahkan telah meninggal dunia semalam.

Anak sulung arwah, Muhammad Nabil, 26, berkata, dia sekeluarga menerima pengesahan itu daripada Kedutaan Malaysia kira-kira pukul 11.40 pagi, semalam, dan solat jenazah ghaib dilakukan selepas solat Jumaat.

Katanya, dalam masa yang sama mereka juga berasa lega dengan pengesahan terbabit setelah hampir enam bulan tertunggu-tunggu perkhabaran berkaitan kehilangan arwah ayahnya.

“Saya diberitahu oleh pihak kedutaan di sana yang ayah sebenarnya telah meninggal dunia pada 13 Februari lepas, melalui pengesahan biometrik dan segala pengurusan jenazah telah selesai, termasuk pengebumiannya.

“Kini saya bersama ibu, adik-beradik dan ahli keluarga yang lain hanya menunggu dokumen pengesahan kematian ayah selain agak terkilan kerana proses pengesahan kematian itu agak lama,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Sri Gading, di sini, hari ini.

Nabil yang bertugas di Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat Pahat berkata, selain menunggu dokumen pengesahan kematian, mereka sekeluarga juga menantikan laporan punca sebenar kematian ayahnya serta lokasi arwah ditemui.

Ujarnya, dia juga berhasrat membawa ibu dan empat adiknya untuk menziarahi pusara arwah bapanya yang disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Mekah dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI