fbpx

Waris Sulu tiada lagi hak buat tuntutan dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHKAMAH Rayuan Paris di Perancis

PETALING JAYA – Keputusan Mahkamah Rayuan Perancis menolak penguatkuasaan Partial Award kepada waris Sulu telah menutup pintu kepada mana-mana pihak daripada mengambil tindakan terhadap mana-mana negara ahli Konvensyen New York.

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar berkata, keputusan itu membuatkan pihak yang menuntut tidak boleh bergantung kepada keputusan salah yang dibuat di Perancis pada Februari 2022 atas apa-apa tujuan.

“Berbanding menurut arahan mahkamah Sepanyol untuk berhenti bertindak sebagai penimbang tara, Dr. Gonzalo Stampa memindahkan langkah timbang tara itu ke Pe­rancis dan seterus­nya mengeluarkan Final Award.

“Tindakan itu telah me­langgar perintah mahkamah Sepanyol dan mengakibatkan penyalahgunaan ketara terhadap proses timbang tara antarabangsa.

“Keputusan Mahkamah Ra­yuan Paris adalah muktamad dan utama, kemenangan untuk Malaysia menegakkan undang-undang, menyebabkan kekalahan kepada pihak penuntut dan pembiaya mereka,” katanya.

Mahkamah Rayuan Perancis mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan Partial Award kepada kumpulan mendakwa waris Sulu yang sebelum itu diputuskan Stampa
pada 2020.

Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati, Stampa terkhilaf dalam bidang kuasanya. Stampa memberikan Final Award, meskipun pelantikannya sudah dibatalkan Mahkamah Sepanyol.

Keputusan Mahkamah Ra­yuan Paris sekali gus akan membatalkan Final Award berjumlah hampir AS$15 bilion (RM69 bilion) yang diputuskan oleh Stampa untuk diberikan kepada pihak penuntut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI