fbpx

Penagih dadah dicekup semasa pecah masuk kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai runcit yang dipecah masuk oleh suspek di Kampung Kubang Tin, Peringat dekat Kota Bharu kelmarin. - Foto ihsan penduduk

KOTA BHARU – Seorang lelaki dicekup oleh penduduk kampung selepas dipercayai mencuri wang syiling dan dua bilah pisau pemotong daging semasa memecah masuk sebuah kedai runcit di Kampung Kubang Tin, Peringat di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira-kira pukul 7 pagi, suspek yang berusia lewat 20-an dikatakan masuk ke dalam kedai berkenaan dengan mengumpil pintu jeriji depan premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kejadian disedari oleh pemilik kedai berkenaan sebelum menangkap suspek dengan bantuan penduduk kampung.

Menurutnya, suspek dipercayai mencuri sejumlah wang siling dan dua bilah pisau pemotong daging di dalam premis tersebut.

Keadaan jeriji sebuah kedai runcit di Kampung Kubang Tin, Peringat dekat Kota Bharu yang diumpil oleh suspek kelmarin. – Foto ihsan penduduk

“Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah selain mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau. Lelaki itu juga dikehendaki oleh polis bersabit dengan tiga kesalahan dadah dan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI