fbpx

[VIDEO] SPM 2022: Jemaah haji pelajar cemerlang SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Safiyyah menunjukkan panggilan video yang dibuat bersama ibu bapanya untuk mengetahui keputusan SPM 2022 di Masjidilharam hari ini.

MEKAH – Seorang calon SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat dua kegembiraan dalam tempoh singkat apabila dipilih mengerjakan haji pada usia muda bulan lalu dan mendapat keputusan 8A dalam kesemua mata pelajaran yang diambilnya hari ini.

Nur Saffiyah Nasuha, 17, berkata, dia bersyukur apabila menerima khabar gembira itu ketika sedang berada di Tanah Suci sekitar pukul 5 pagi (waktu tempatan).

Dia yang berangkat bersama lima lagi ahli keluarganya iaitu adik-beradik dan abang iparnya bersyukur apabila mendapat mengerjakan haji pada usia muda apatah lagi menerima keputusan yang tidak dijangka itu di bumi yang penuh barakah.

Keputusan itu membolehkan dia menerima anugerah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Raub, Pahang.

“Amalan saya ialah fokus dalam kelas dan melakukan kerja rumah yang diberi guru di rumah. Saya tidak memasuki kelas tuisyen dan hanya belajar dengan guru sedia ada di sekolah.

“Saya akan mengaji selepas solat maghrib dan sentiasa berdoa agar diberikan kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan agama. Saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau Kanada,” katanya.

Menurut Nur Saffiyah, keputusan itu diambil oleh ibu, Khuzaimah Abdul Talib, 58, dan bapa, Ramlan Abdul Majid, 60, di sekolah berkenaan sebelum menghubunginya sekitar pukul 10 pagi waktu Malaysia.

Safiyyah mendapat A dalam subjek bahasa Melayu, Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Pendidikan Seni Visual, Prinsip Perakaunan dan C bagi Matematik Tambahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI