fbpx

Lutut Mamamoo jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN MAMAMOO

BARU-BARU ini, kumpulan Mamamoo menjayakan konsert mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Selepas konsert berakhir, ahli kumpulannya iaitu Hwasa memuat naik keadaan mereka dalam laman sosialnya buat tatapan peminat.

Foto yang dimuat naik adalah gambar kaki keempat-empat ahli dengan kesan lebam, gambar kenangan di pentas konsert dan swafoto.

“Hari ini malam yang sangat indah. Selamat malam LA,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Rata-rata peminat sangat terharu dengan pengorbanan kumpulan wanita itu dan lebih memfokuskan gambar lutut berbanding yang lain.

“Ya Tuhan, lutut kalian. Semoga kerja keras kamu semua diberkati dan memperoleh pulangan berbaloi,” kata seorang pengguna.

“Saya tidak sanggup melihat kalian terus sakit. Semoga cepat sembuh selepas bekerja keras,” ujar peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI