fbpx

JPN sahkan pegawai ditahan kes palsukan sijil lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan penahanan dua orang pegawai jabatan itu oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket pengeluaran sijil lahir dan MyKid.

Ketua Pengarahnya, Zamri Misman berkata, penahanan ini adalah hasil kerjasama strategik apabila JPN berkongsi hasil risikan dalaman yang dilakukan kepada SPRM sekali gus membawa kepada penahanan tersebut.

Katanya, jabatan tersebut akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM bagi melengkapkan siasatan.

“JPN sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku kakitangan jabatan yang terlibat dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri secara tidak sah.

“JPN tidak akan melindungi mana-mana kakitangan yang didapati terlibat dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Zamri berkata, tindakan dan hukuman setimpal akan dikenakan sekiranya pegawai yang ditangkap dibuktikan bersalah.

Ujarnya, JPN sentiasa serius dan komited memastikan tiada pelanggaran integriti seumpamanya dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen-dokumen pengenalan diri secara berterusan serta pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan.

Tambahnya, siasatan peringkat dalaman secara berkala dan kerjasama berterusan dengan agensi-agensi penguat kuasa lain juga merupakan usaha tidak berbelah bahagi jabatan ini demi memastikan tiada sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI