fbpx

Enam lagi ditahan kes rasuah Ketua Polis Daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi penguatkuasa dan seorang orang awam bagi membantu siasatan susulan kes rasuah disyaki melibatkan seorang Ketua Polis Daerah.

Menurut sumber, dua daripada penguatkuasa adalah polis masing-masing berpangkat inspektor dan koperal manakala dua lagi adalah anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen (JIM) yang berusia 41 dan 49 tahun.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan terhadap seorang Ketua Polis Daerah berusia 53 tahun yang disyaki menerima rasuah secara bulanan antara RM20,000 hingga RM50,000 dengan anggaran keseluruhan bernilai lebih RM1 juta dari 2017 hingga 2022.

“Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut di sekitar kawalannya daripada sebarang penguatkuasaan yang boleh mengganggu perniagaan terbabit.

“Kedua-dua anggota Imigresen yang ditahan itu pula disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik pusat-pusat urut di sekitar negeri ini bagi mempercepatkan proses pembaharuan permit kerja pekerja warga asing,” kata sumber terbabit.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan tangkapan dan siasatan dijalankan dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI