fbpx

Dewan Rakyat: Jangan main politik dengan saya – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (kiri) dan Syed Saddiq.

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegur Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membuat andaian bahawa keputusan menolak usul kapal tempur pesisir (LCS) hanya disebabkan ia bukan keperluan mendesak.

Johari membangkitkan perkara tersebut ketika mencelah sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, dengan menyatakan kenyataan yang dibuat Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu tidak adil dan jelas.

“Sebelum saya jemput Kuala Nerus, saya nak beri sedikit teguran berhubung ucapan Muar yang menyindir saya.

“Saya terasa apabila Ahli Parlimen Muar menyebut dia baru mendapat jawapan daripada pejabat Tan Sri Speaker di mana usul ini (LCS) ditolak ekoran ia bukan keperluan yang mendesak.

“Maksudnya, mengikut andaian Muar, saya menolak usul tersebut kerana saya beranggapan bahawa ia bukan suatu keperluan dan kepentingan orang ramai.

“Sedangkan, Muar tidak berlaku adil kerana ada perenggan keempat, menyebut dengan jelas bahawa usul tersebut tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 18(7)(c),” katanya.

Mengulas mengapa usul itu ditolak, Johari berkata, beliau dimaklumkan bahawa Kementerian Pertahanan dikehendaki membentangkan kemajuan projek LCS setiap tiga bulan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sehingga ia disiapkan.

“PAC juga telah melawat Lumut untuk membuat siasatan lanjut. Apabila PAC dah buat keputusan, kita nak bincang apa lagi, tunggulah laporan PAC. Selepas itu, kita akan bincang dan saya akan benarkan,” katanya.

Jelas Johari, beliau hanya melaksanakan apa yang terkandung dalam ‘standing order’ (peraturan majlis mesyuarat) termasuk Perlembagaan yang dibuat oleh Ahli-Ahli Parlimen.

“Ingat, saya tidak membuat keputusan. Saya hanya melaksanakan apa yang termaktub. Jadi adalah tidak adil untuk mana-mana pihak untuk menyerang ‘Speaker’. Jangan bergaduhlah, tak berbaloi. Nak main politik, mainlah tetapi bukan dengan saya,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq memberitahu Dewan Rakyat bahawa usul bagi membahaskan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) ditolak Johari, ekoran ia bukan suatu keperluan yang mendesak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI