fbpx
PENGGEMAR durian sanggup berbelanja besar asalkan dapat menikmati keenakan raja buah itu.

Belanja kawan-kawan makan durian sampai RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Ketika orang ramai lebih selesa menghabiskan duit untuk menikmati keenakan buah durian, situasi berbeza dilakukan seorang warga emas yang tetap setia menghadiahkan raja buah itu kepada kawan-kawan rapatnya.

Chris Lee, 70, berkata, sudah menjadi tradisi buatnya untuk membelanjakan sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 setiap bulan semata-mata untuk menjadikan durian sebagai ‘hadiah’ kepada orang lain.

“Saya datang dari pusat bandar ke daerah Barat Daya pada setiap hujung minggu untuk membeli pelbagai jenis durian kahwin.

“Saya akan membelanjakan RM100 hingga RM200 untuk sekali pembelian sejak awal bulan lalu dan tradisi ini akan saya teruskan sehingga musim akhir durian pada September nanti.

“Selain untuk dimakan bersama isteri, durian yang dibeli akan dijadikan sebagai hadiah atau buah tangan buat kenalan rapat, saudara terdekat dan dijamu untuk penjaga di rumah ibadat,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Jelasnya lagi, dia memang sudah menyiapkan belanja sekitar RM10,000 bagi membeli pelbagai jenis buah durian sepanjang musim ini.

Sementara itu, seorang lagi penggemar durian warga China dikenali Lily, 45, berkata, dia sebenarnya tidak kisah sekiranya wang simpan hasil titik peluh selama bekerja di negara ini digunakan untuk membeli buah ke­gemarannya itu.

“Selalunya, kami akan berkongsi duit dengan rakan serumah untuk membeli durian yang dipek dalam 20 bekas pada harga RM400.

“Setiap minggu, kami mesti beli durian dan biasanya akan dimakan pada sebelah malam,” katanya yang telah tinggal di Malaysia sejak lapan tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN