fbpx

Yuran SagaCloud hanya RM200 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Samsul (tiga dari kiri) bersama wakil rakan strategik SagaCloud selepas majlis pelancaran perkhidmatan baharu di Cyberjaya baru-baru ini.

CYBERJAYA – Syarikat teknologi, SagaCloud mengunjurkan dua daripada perkhidmatan yang ditawarkan berasaskan teknologi pengkomputeran awan di pasaran bakal menjadi pilihan syarikat bersaiz pertengahan dan juga sederhana kecil.

Pengasas syarikat, Datuk Samsul Husin berkata, perkhidmatan e-perolehan dan juga pengurusan sumber manusia (e-HRMS) bakal menyumbang kira-kira 80 peratus kepada hasil syarikat untuk jangka masa panjang.

Menurut beliau, selain dua perkhidmatan tersebut, SagaCloud turut menawarkan per­khidmatan perakaunan bagi melengkapi tawarannya kepada kumpulan sasaran serta dalam masa yang sama membolehkan ia berada dalam landasan yang kukuh untuk menjadi perintis dalam industri tersebut

“SagaCloud dapat membantu menyediakan lebih banyak ruang penyimpanan maklumat, me­ningkatkan produktiviti dan me­lancarkan lagi aktiviti harian de­ngan lebih aktif, menyepadukan operasi sistem perniagaan serta lebih menarik, ia dapat menjimatkan perbelanjaan syarikat.

“SagaCloud juga dapat membantu menyampaikan perkhidmatan kerajaan melalui saluran yang lebih pantas, berkesan dan kos efektif,” katanya dalam majlis pelancaran SagaCloud, di sini baru-baru ini.

Samsul menjelaskan, dengan kadar bulanan serendah RM200, pelanggan boleh memilih modul-modul yang ditawarkan mengikut bajet syarikat dan terus me­langgan lebih banyak modul lain untuk menambah baik sistem pengurusan serta daya saing syarikat pada masa depan.

Pelanggan tidak perlu membeli sebarang bentuk perkakasan dan perisian termasuk membuat perbelanjaan lain untuk modal, penyelenggaraan, kemas kini dan naik taraf sistem setiap lima tahun,” jelas beliau.

Tambahnya, ketika ini SagaCloud berpangkalan di pusat data di Malaysia dengan Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) 99.9 peratus dan melibatkan tiga rakan strategi iaitu Starvision Sdn. Bhd., Eceo Sdn. Bhd. serta OpenSoft Sdn. Bhd. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI