fbpx

Dewan Rakyat: Tarik minat golongan belia ceburi sektor ladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta agensi akan terus giat menjalinkan kerjasama rentas agensi untuk menarik minat golongan belia menceburi sektor perladangan termasuk bidang keusahawan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, usaha tersebut antaranya mendapatkan peluang-peluang latihan kemahiran, laluan kerjaya dan kehidupan sebenar di sektor perladangan.

Menurutnya yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, antara kerjasama yang telah dilaksanakan adalah dengan Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi membangunkan Modul Latihan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi sektor perladangan.

“Selain itu, kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi melalui institut pengajian tinggi awam dan swasta dalam melaksanakan program ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ graduan dan penempatan latihan industri.

“Kerjasama lain termasuk sektor swasta khususnya pemain industri utama seperti Sime Darby Plantation, FGV, IOI Plantation dan Yayasan Pahang Plantation Holding (YPPH) dalam melaksanakan Program Place and Train.

“Program jangka masa pendek selama tiga bulan ini merupakan satu kaedah Quick Win untuk menarik minat belia tempatan menceburi sektor perladangan dengan jaminan peluang pekerjaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, KPK telah menubuhkan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) yang merupakan institusi induk berperanan untuk menerajui serta menyelaras kursus dan program latihan kemahiran pusat latihan agensi-agensi di bawah satu organisasi.

Ia melibatkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Kenaf & Tembakau Negara (LKTN).

Sementara itu, Fadillah berkata, IMPAC yang merupakan Institusi Peneraju Industri (ILB) bagi sektor agrikomoditi sentiasa mengambil tindakan
proaktif dalam memastikan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang dilahirkan memenuhi keperluan industri.

“Sebagai contoh, sehingga tahun 2022, IMPAC telah mengeluarkan seramai 2,500 pelatih program di sektor sawit dengan 860 (35 peratus) orang telah mendapat
pekerjaan di sektor perladangan, manakala selebihnya terlibat di dalam sektor yang lain,” jelasnya.

Fadillah berkata demikian menjawab Jamaludin Yahya (Pasir Salak-PN) yang meminta beliau menyatakan bentuk kerjasama merentasi agensi untuk menarik minat anak muda tempatan menceburi bidang perladangan atau sektor separa mahir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI