fbpx

Wanita maut kereta terbabas dalam longkang di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Toyota Vios dipandu mangsa terbabas ke dalam longkang berhampiran Plaza Tol Gombak, di Lebuh Raya Karak, Gombak, hari ini.

GOMBAK – Seorang wanita tempatan maut selepas kereta jenis Toyota Vios dipandunya terbabas ke dalam longkang berhampiran Plaza Tol Gombak, di Lebuh Raya Karak di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 8.37 pagi tadi.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

“Kemalangan berlaku berhampiran Kampung Sungai Chinchin di mana sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas ke dalam longkang.

“Pemandu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohamadul Ehsan, pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI