fbpx

[VIDEO] Dua lelaki menyamar polis tahan kereta orang dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular suspek menyamar sebagai anggota polis cuba menahan kenderaan awam di KM 41.5 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, Kulai.

JOHOR BAHRU – Seorang penjawat awam antara dua lelaki diberkas selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian cubaan tiga lelaki menahan kenderaan awam di Kilometer (KM) 41.5 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, Kulai.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kedua-dua lelaki tersebut masing-masing berusia 43 dan 48 tahun ditahan pada pukul 6 petang semalam di Kawasan Perumahan di Permas, Kukup, Pontian.

Menurutnya, seorang lagi suspek masih bebas dan diburu.

“Siasatan awal mendapat salah seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah manakala suspek penjawat awam tidak memiliki rekod.

“Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah terbabit termasuk baju pantulan cahaya, lampu ‘beacon’ mudah alih, lampu suluh selain kereta Honda City berserta kunci,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dua lelaki diberkas termasuk seorang penjawat awam selepas disyaki menyamar sebagai polis dalam kejadian di KM 41.5 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, Kulai, kelmarin.

Kamarul Zaman berkata, salah seorang suspek direman dua hari bermula hari ini manakala suspek penjawat awam reman ditolak.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 berkaitan penyeludupan barangan kontraban.

Semalam, Kosmo! melaporkan Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya mengesan video tular itu pada pukul 1.52 tengah hari ini yang memaparkan mangsa dikejar kenderaan dinaiki ‘polis’ tersebut.

Beliau berkata, tiga lelaki yang menyamar sebagai polis itu menggunakan lampu ‘beacon’ seakan-akan polis cuba mengarahkan mangsa untuk menghentikan kenderaannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI