fbpx

Shuhua dikecam tidak sopan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUHUA

BARU-BARU ini, ahli kumpulan (G)-IDLE iaitu Shuhua dikecam selepas terpalit dengan kontroversi bersikap biadab dalam sebuah program.

Tindakan tidak beradab itu ditunjukkan ketika muncul dalam saluran YouTube MMTG untuk mempromosikan single terbaharu kumpulan mereka, Queencard.

Dari awal sesi temu bual, Shuhua menjawab semua soalan pengacara menggunakan bahasa pasar seolah-olah bukan dalam sebuah program untuk tontonan umum.

Memandangkan statusnya sebagai warga Taiwan, pendekatan Shuhua sepanjang program mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton.

Pengacara bagaimanapun layak menerima pujian kerana kemampuan menguruskan temu bual dengan lancar walaupun berdepan situasi tidak selesa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI