fbpx

Saya sedih Marissa terus dicaci, dimaki – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI ibu, pelakon Abby Abadi sedih apabila anaknya, Marissa terus dikecam dan dicaci netizen gara-gara kontroversi 'kahwin lari' di Thailand bersama Aslam.

PETALING JAYA – Pelakon Abby Abadi terkesan apabila kisah anaknya, Marissa Dania Hakim yang berkahwin secara rahsia di Thailand, terus menjadi bahan kecaman netizen yang melemparkan pelbagai kata-kata buruk tentangnya.

Walaupun telah tampil berkongsi dan menjelaskan perkara sebenar menerusi temu bual secara podcast, Abby, 46, terus dihujani pelbagai kata nista oleh netizen mengenai anaknya.

Ujar pemilik nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan itu, dia bersetuju untuk menerima jemputan dan berkongsi tentang kisah anaknya itu dengan harapa dapat memperbaiki keadaan, sekali gus menjelaskan perkara sebenar tentang apa yang terjadi.

“Saya terima jemputan untuk perbaiki keadaan, untuk menjelaskan, untuk bagi faham. Sesetengah orang Malaysia, bila diam sibuk nak tahu.

“Tapi bila bercerita, kata macam-macam pula. Pengacara tanya (tentang Marissa nikah di Thailand), saya ceritalah butirannya. Tak adalah cerita segala.

“Kongsi sikit untuk beritahu orang yang rajin mengata supaya jangan suka-suka buat cerita. Kata saya tidak jaga anak. Saya jaga, sehabis baik saya jaga. Tapi anak (Marissa) itu yang diluar jangkaan,” luahnya dalam InstaStory.

Menurut pelakon drama bersiri kepolisian, Gerak Khas itu lagi, sebagai ibu dia sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak-anak.

Malah, Abby berkata dia tidak akan menerima pelawaan ditemu ramah oleh sesiapa pun semata-mata untuk memburukkan keadaan.

Bahkan, dia sendiri akan meminta pihak yang mewawancara mengeluarkan fakta-fakta penting agar tidak timbul salah faham.

“Sebagai ibu, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Takkan saya terima untuk ditemu ramah semata-mata hendak memburukkan keadaan. Dengar dahulu.

“Kalau fakta-fakta penting apa yang saya kongsikan tidak dikeluarkan, saya akan minta dan akan keluarkan sendiri,” tegasnya.

Kata Abby lagi, dia sedih dan terluka apabila Marissa terus dipersenda dan dicaci maki selepas dia berusaha untuk menyelesaikan kemelut itu dengan menerima undangan temu ramah.

“Sangat sedih dan terluka bila anak kita dipersenda dan dicaci maki sesuka hati. Menerima undangan untuk di temu ramah adalah usaha kecil saya selesaikan kemelut ini.

“Marissa anak saya, amanah untuk saya. Tanggungjawab saya untuk perbetulkan keadaan. Tak perlu libatkan orang lain yang tidak mahu terlibat,” katanya.

Kelmarin, selepas tiga bulan mengunci mulut, Abby akhirnya mengesahkan pernikahan Marissa dengan Mohd. Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Sebagai ibu, Abby reda dengan jalan hidup dipilih Marissa yang juga seorang model pakaian Muslimah, namun bertegas mahu anaknya dan pasangan segera mendaftar perkahwinan mereka di Malaysia.

Menerusi pendedahan itu, Abby turut berkongsi kronologi bagaimana Marissa ‘terlepas’ sebelum lari dan bernikah senyap-senyap di Thailand.

“Saya tak tahu sebab memang di luar jangkaan. Saya balik hari itu, suami tengok kamera litar tertutup (CCTV) ada kawan perempuan Marissa di rumah dan baru saya tahu dia dah terlepas ke Thailand.

Terdahulu, nama Marissa kembali menjadi bualan ramai pada Januari lalu selepas Aslam dikatakan sudah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI