Gambar hiasan

‘Saya dituduh jual maruah diri sebab cari jodoh di media sosial’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terdesak mahu menamatkan zaman bujang menjadi punca kakitangan swasta, Nur Syuhada Alias menyertai laman Twitter untuk mencari pasangan hidup.

Gadis berusia 33 tahun itu mengakui, dia sudah dua kali memuat naik ciapan maklumat diri dan pasangan untuk mencari bakal suami di laman sosial tersebut sejak awal tahun ini.

Cerita Nur Syuhada, dia tidak malu dengan kata-kata orang luar yang memandang serong terhadap dirinya kerana memuat naik maklumat diri berserta gambar secara terbuka di dalam media sosial.

“Ada yang kata saya menjual maruah, tetapi selagi gambar yang saya kongsikan masih menutup aurat dan sopan, bagi saya itu tidak menjadi masalah yang besar.

“Saya sudah penat mende­ngar soalan bila nak kahwin? Tak lakukah?,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut wanita itu, selain itu, dia kerap menerima soalan seperti sudah umur 30 tahun tetapi masih bujang.

“Semua soalan-soalan tersebut menjadikan saya seperti ‘terdesak’ untuk mendirikan rumah tangga.

“Selain itu, saya juga memikirkan faktor umur yang sudah 33 tahun (pada tahun ini) dan untuk berkahwin lewat ini banyak risiko yang perlu saya tanggung,” katanya.

Nur Syuhada berkata, dia tidak mahu berkenalan dalam tempoh lama dan lebih selesa memilih untuk bercinta selepas kahwin.

“Saya ambil langkah ini (cari jodoh di Twitter) kerana tidak mahu orang lain mencarikan jodoh untuk saya. Kalau boleh pasangan itu hadir hasil usaha saya sendiri.

“Doakan saya mendapat pasangan atau bakal suami di Twitter,” ujarnya penuh pengharapan.

Tambahnya, beberapa kenalan rapatnya juga berjaya mene­mui jodoh masing-masing menerusi Twitter.

Kini sudah tiba gilirannya untuk mendapat pasangan hidup dari platform berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN