fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 6 negeri sehingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, seluruh Perlis dan Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu) dijangka berdepan cuaca buruk ini.

“Kawasan di Terengganu yang diramal hujan lebat dan ribut petir adalah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang pula, cuaca sama turut dijangka di Temerloh, Maran dan Kuantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah MetMalaysia, kawasan di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan) dan Sibu (Sibu dan Selangau) juga diramal hujan lebat dan ribut petir.

“Diikuti Sabah dengan melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI