fbpx

Guna tangkai durian hilangkan bau dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dikongsikan seorang pengguna Twitter mengenai tips menghilangkan bau durian menggunakan tangkai durian.

PETALING JAYA – Seorang individu berkongsi kaedah untuk menghilangkan bau durian di dalam kereta, dengan hanya meletakkan tangkai durian di pendingin hawa kereta.

Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter @brgsjks, tips itu dikongsikan oleh penjual durian  sendiri kepadanya.

“Abang jual durian tu kata, nak hilangkan bau durian di dalam kereta, letak tangkai durian. Dua ke tiga hari, hilang bau. Nanti ‘update’ jadi ke tidak,” ciap Mamu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berkongsi petua yang lain dan ada yang hanya berseloroh.

“Tips guna tangkai durian boleh hilangkan bau dalam lima minit sahaja, cuma kena ada dua tangkai. Caranya sumbat kedua-dua tangkai dalam lubang hidung kita. Mesti tak bau,” seloroh seorang pengguna Twitter.

“Tak sempat dua tiga hari, aku dah beli durian lain esoknya,” komen Sheyahh.

“Boleh cuba letakkan uncang teh dalam kereta, memang hilang bau,” komen ayid.

Perkongsian tersebut menjadi tular di aplikasi Twitter dengan tontonan sebanyak 656,000, 2,215 tanda suka dan 456 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI