fbpx

Dewan Rakyat: OPR naik empat kali sebelum Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan sebanyak empat kali di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, OPR hanya naik sekali di bawah Kerajaan Perpaduan, malah OPR diputuskan sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“OPR ini diputuskan sepenuhnya oleh BNM. Ini keputusan yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen dulu. Dalam Kerajaan Perpaduan baru sekali naik ketimbang tahun lalu di bawah pemerintahan kerajaan dulu empat kali naik.

“Setakat yang saya boleh gesa, BNM harus teliti bukan saja isu kewangan dan juga fiskal dan keyakinan keseluruhannya, tetapi kita kena terima kenyataan kenaikan OPR akan memperkukuh nilai mata wang,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai tindakan kerajaan bagi memastikan rakyat tidak sengsara dengan kos sara hidup dan adakah kerajaan menjangkakan kadar OPR meningkat lagi dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Anwar menjelaskan, kebijakan BNM akan menentukan kekuatan ringgit, tetapi kerajaan juga memikirkan kenaikn OPR terlalu pantas ada kesan negatif kepada peniaga.

Justeru, katanya, perlu ada pertimbangan tentang apa yang harus kita dilakukan dan setakat ini pandangan kerajaan serta BNM adalah secara lebih teliti dan berhemah dalam menaikkan OPR.

“Singapura naikkan (OPR) tinggi, jadi kekuatan dolar Singapura lebih ampuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI