fbpx
Gambar hiasan

Dewan Rakyat: KPM tidak berhasrat kembalikan UPSR, PT3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak akan diadakan semula dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, tumpuan kini diberi kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Menurut beliau, keputusan itu diambil kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu memberi fokus kepada pembangunan holistik murid berdasarkan dua pentaksiran berkenaan.

“PBS dan PBD memberi ruang untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh dan berterusan. Kita tidak akan kembalikan UPSR dan PT3,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang ingin tahu jika KPM bercadang untuk mengembalikan UPSR dan PT3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN